Wednesday, 23 March 2016

One Parent One Language Series #3

Assalamu'alaikum sahabat semua,

Hari ini saya nak kongsikan cara-cara untuk buat anak kita banyak bercakap dan tambahkan kosa kata atau vocabulary anak kita,walaupun mengamalkan dwibahasa sekalipun.


Dulu anak saya sebelum umur 10 bulan,dia sejak lahir memang sukar untuk mengeluarkan bunyi.Menangis pun sikit-sikit je. Respons pun susah nak bagi.Senyum sikit-sikit macam tu je,lepastu dah diam balik. Memang kalau orang tengok anak saya,semua akan cakap diamnya baby ni. Pada waktu tu saya fikir anak saya mungkin berpotensi untuk ada masalah lambat bercakap atau speech delay. Sebab saya pernah baca jika anak kita multi langual,dia akan susah sikit nak bercakap disebabkan banyak perkataan dia kena belajar ataupun kekeliruan disebabkan dua bahasa. contoh: ayam dan chicken,kucing dan cat. 

AlhamduliLlah anak saya boleh terima dan absorb yang setiap noun dan verb tu ada dua bahasa. contoh,sit dan duduk atau sleep dan tidur.Malah dalam kepala anak saya tu seolah-olah ada Google translator.Dia just boleh cakap dalam dua bahasa.Kadang-kadang sesetengah perkataan terutamanya perkataan bahasa melayu kita tak pernah expose pada dia.Tapi dia just tahu. Kita pun tak faham macam mana boleh jadi lagu tu tapi itulah kehebatan fungsi otak yang Allah telah anugerahkan pada kita.SubhanAllah..memang ciptaan Allah tu sangat sempurna dan kerja Allah tu memang sangat hebat.

Oh ya, bagi yang tak tahu speech delay tu apa,umumnya apa yang saya faham speech delay ni apabila dia dah umur 18 bulan dan hanya dapat sebut kurang daripada 6 perkataan dan untuk 2 tahun apabila dia hanya dapat sebut kurang dari 50 perkataan.Banyak lagi tanda-tanda speech delay yang anda boleh semak di website kesihatan atau website pakar.

AlhamduLillah sejak umur 10 bulan anak saya menunjukkan perubahan yang ketara dan sentiasa ada perkembangan.Seolah-olah suis bercakapnya seperti ditekan selepas dia umur 10 bulan tu..hehehe.. Memang becok sangat sekarang. Tak henti-henti bercakap. Dan sekarang pada umur 25 bulan, anak saya boleh sebut lebih dari 50 perkataan. Dia boleh juga merangkai 2 perkataan,malah kadang-kadang sehingga 4 perkataan, untuk kedua-dua bahasa melayu dan inggeris.

Anak saya suka menyanyi maka kalau dia nyanyi satu lagu tu memang dah lebih la kan 50 perkataan tu..hehehe..Dan dia pun takde masalah pelat ketara.Kalau dia sebut satu-satu perkataan,memang dia sebut sebijik sebutan perkataan tu kecuali yang ada bunyi R.Tapi sebab dia kan baru umur 25 bulan,maka dia masih dalam transition untuk bercakap dan vocabulary masih terhad,adakala dia membebel dalam bahasa dia lagi.

CARA NAK TAMBAHKAN VOCABULARY ANAK

Saya sebenarnya bukan pakar dalam bidang ini ya,hanya seorang surirumah yang sentiasa melihat perkembangan anak dan sentiasa cuba meningkatkan servis saya pada anak saya. Jom tengok pengalaman saya!


1. Buat rutin harian bacakan buku cerita kuat-kuat
Sejak anak berusia 1 bulan, saya suka bacakan buku cerita kuat-kuat dan dengan sebutan yang jelas pada anak saya. Setiap hari lepas mandikan dan bagi makan saya akan bacakan buku pada anak saya.Atau saya bacakan pada sebelah petang.Saya tak pernah bacakan pada waktu malam kerana kebiasaanya pada waktu malam bateri saya nak habis dan saya takde tenaga nak bacakan buku macam masuk pertandingan bercerita tu. 

Ingat ya, bila kita bacakan kita masukkan enthusiasm dalam penceritaan kita. Kita mesti tunjukkan yang kita sangat suka membaca dan bacakan buku tu mesti dalam pelbagai tone. Ada tone tinggi,rendah dan mendatar.Masukkan perasaan dalam cerita kita tu,contoh:bila ceritanya cemas tunjukkan situasi yang cemas begitu juga bila ceritanya sedang sedih atau gembira. Sebab tu, anak saya suka play pretend atau berlakon baca buku. Kalau tak dengar betul-betul memang nampak macam dia tengah baca buku. Tentang pentingnya untuk pupuk minat membaca buku ,saya harap sangat saya dapat ulas tentang topik ni di lain waktu.


2. Sentiasa pasangkan audio bercerita atau lagu kanak-kanak 
Sentiasa pasangkan audio bercerita atau lagu kanak-kanak sebagai background noise kat dalam rumah. Saya tak galakkan sangat anak saya tengok video,saya lebih suka mainkan audio bercerita atau lagu kanak-kanak.Jadi sambil dia main-main tu,sambil dia dengar kan.Tapi bila dia dah besar-besar ni ada jugak saya tunjuk video sikit-sikit bagi membantu dia imagine lagu tu atau cerita tu. Jadi next time bila dia dengar mp3,dia boleh bayangkan atau lakonkan balik apa yang dia dah tengok dulu. 


3. Banyakkan bercakap pada anak.
Kebiasaannya kita selalu dengar nasihat macam ni kan. Saya secara jujurnya bukan lah banyak sangat cakap pada anak. Sebab kalau dah 24 jam dengan,kadang-kadang hilang modal jugak nak cakap apa.Sebab tu saya bergantung jugak pada aktiviti bacakan buku pada anak,nyanyikan pada anak,tunjuk benda sekeliling,tunjuk anggota badan anak,bermain dengan anak dan homeschooling anak.Kita tinggal nak jadi cikgu, pak badut dengan makcik yang pandai bercerita je hehehe. InhsaAllah, jika ada masa saya akan kongsikan tempat-tempat untuk kita download ebook kisah-kisah islamik secara percuma.


4. Bila cakap dengan anak,sentiasa sebut dengan jelas.
Satu-satu.Tak payah panjang pun kan cakap dengan budak ni. Cakap pendek-pendek tapi jelas.Saya perhatikan bila saya sentiasa amalkan sebutan yang jelas ni,anak saya pun bila sebut,dia akan sebut dengan jelas jugak. Macam saya selalu bacakan surah al-Fatihah dan 3 Qul pada anak. Sebab saya baru start kan,jadi boleh la bilang berapa kali je saya bacakan pada anak saya.Alhamdulillah anak saya dah boleh hafal dan boleh baca surah al-Fatihah dan 3 Qul dengan jelas.Jadi, kita bacakan pada dia dengan jelas dan bertenaga,biar la terbelit-belit lidah kita kan.Bila qalqalah tu,kasi tekan betul-betul.Macam tu la..


5. Bila perkenalkan satu-satu benda pada anak tu, sebut tiga kali dengan jelas.
contoh:PISANG,PISANG,PISANG.Walaupun anak anda masih 1 tahun dok nganga-nganga, blurr je kan dia. Tabahkan hati,buat je sentiasa. Setiap hari target la nak perkenalkan benda apa.Benda di persekitaran ya.Nanti lama-lama dia akan tangkap jugak.Kalau buat pada anak yang dah boleh cakap memang seronok,sebab dia akan ikut balik tapi kalau dia belum boleh ikut sebut,takpe..Buat je sentiasa,inshaAllah akan ada hasilnya. 

Kadang-kadang tu kita rasa cakap dengan jelas,tapi mungkin tak cukup jelas. Jadi kalau kita nak test,cuba kita rekod perbualan kita dengan anak..letak handphone/tab tu jauh sikit jarak dia. Lepastu kita dengar sebutan kita jelas ke tak.



6. Beri perhatian dan pinjamkan telinga anda.
Kadang-kadang tu kalau kita nampak anak kita beriya-iya sangat nak bercerita,dengarkan je sambil angguk-angguk dan bagi komen pendek-pendek. contoh,"macam tu ke,sayang?" atau "is that so,dear?".Tak faham pun takpe,walaupun dia cakap bahasa baby ke atau bahasa dinasour ke,nanti dah lama-lama kita sentiasa dengar apa anak kita nak cakap,inshaAllah kita memang boleh faham apa anak kita cakap.Kalau kita tengok si abang tu lebih menguasai komunikasi antara adik-beradik dan si adik hanya jadi tukang dengar je,apa kata cuba ajak si abang untuk dengar apa adik nak cakap.


7. Beri telefon mainan.
Saya tengok telefon mainan sangat bagus untuk membantu perkembangan bahasa dan meningkatkan imaginasi anak saya. Apabila dia dapat telefon tu,dia memang teruja sangat bercakap seolah-olah ada kawan di hujung talian sana.Banyak betul nak diceritakan!Tapi ada orang akan cakap,anak saya ni pandai bezakan handphone mainan dengan handphone betul.Dia memang tak minat handphone mainan.

Bagi saya, lazimnya anak-anak kecil memang akan lebih minat smart phone dari handphone mainan/handphone yang takde skrin. Disebabkan skrin yang berwarna terang dan ciri-ciri smart phone yang lebih interaktif tu.Jadi kita lah yang kena kawal penggunaan smart phone anak kita supaya anak kita kembali kepada fitrah yang suka play prentend atau bermain olok-olok/berlakon.Saya pun kalau bagi smart phone saya yang dah rosak atau bila kadang-kadang anak dapat jugak smart phone saya,dia akan main jugak telefon-telefon orang.


8. Banyakkan permainan yang berbunyi-bunyi
Saya memang banyak sangat belikan mainan berbunyi-bunyi pada anak saya di samping saya sendiri memang rajin buat bunyi-bunyi bila bermain dengan anak. Seelok-eloknya apa-apa permainan,secanggih mana pun ia,eloklah di bawah seliaan ibu bapa. Kalau boleh bila ada masa tu join la anak main. Sesetengah permainan tu anak macam tak minat nak main. Rasa frust je tengok nak-nak bila belikan yang mahal-mahal tu. 

Cuba kita join dia main atau tunjukkan cara nak main dan buat permainan itu kelihatan menarik. Mungkin lepas tu dia akan tau bermain sendiri. Kalau boleh bila beli permainan bunyi-bunyi tu hindarkan lah yang ada bunyi/muzik ntahpape yang kita sendiri pun tak faham dia cakap apa. Oleh sebab anak saya dwi bahasa, anak saya boleh ajuk balik permainan bunyi-bunyi ini. Jadi di sini ada kelebihan buat kita yang mengamalkan bahasa inggeris dengan anak kerana kita sedia maklum banyak permainan berbunyi-bunyi adalah dalam bahasa inggeris.Permainan itu jadi lebih praktikal dan berguna.


9. Banyakkan perdengar zikrullah,ayat al-Quran,qasidah,azan dan kalimah Allah
Banyakkan perdengar zikrullah,ayat al-Quran,qasidah,azan dan kalimah Allah untuk membiasakan telinganya dengan kalimah Allah. Kalimah-kalimah Allah ini adalah antara vocabulary yang patut kita perkenalkan pada anak-anak. Pengalaman saya dulu-dulu yang risau anak ada potensi masalah speech delay, saya selalu cakap kat hati saya..yang penting anak boleh sebut nama Allah. Memang betul pun,bila kita dengar anak sebut nama Allah berkali-kali(sebab nama Allah adalah antara perkataan terawal anak saya boleh sebut)..rasa sejuk je hati..seolah-olahnya masalah lain dah tak penting dan inshaAllah, Allah akan memudahkan jalan atau menunjukkan jalan keluar.


10. Selepas berusaha,banyakkan bertawakal dan berdoa kepada Allah
Sesungguhnya tidak ada yang lebih layak disembah melainkan Allah,dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Segala apa yang kita lakukan ini untuk Allah,maka kembalilah kepadaNya untuk meminta pertolongan dan kekuatan. 

Tuesday, 22 March 2016

One Parent One Language Series #1



Assalamualaikum semua..Post di bawah ini saya publish di Facebook ketika anak berusia 21 bulan..

Dah nak hampir 2 tahun saya mengamalkan "one parent,one language" dan saya memilih untuk bercakap bahasa inggeris sepenuhnya dengan anak saya sejak lahir manakala encik suami bahasa melayu.idea ni saya dapat dari hasil carian google..tapi saya tak ingat website apa..

Progress anak saya agak seimbang mungkin sebab percakapan antara saya dan encik suami dalam bahasa melayu.Tapi apa yang lebih menariknya untuk perkembangan diri saya sendiri.saya lebih yakin bercakap dalam bahasa inggeris dan oleh sebab saya terpaksa baca buku bahasa inggeris untuk anak saya tiap-tiap hari,maka hati saya lebih ringan untuk faham bila membaca bahan inggeris.dan ia seolah kunci kepada dunia.



One Paret One Language Series #2

Assalamualaikum kawan-kawan semua,

Biar saya perkenalkan diri saya. Saya seorang ibu beranak satu yang berusia 2 tahun yang mengamalkan 'One Parent,One Language' sejak dia baru lahir.Okay, 'One Parent,One Language' tu apa? Maksudnya salah seorang ibu bapa tu cakap bahasa melayu pada anak manakala seorang lagi cakap bahasa inggeris atau bahasa pilihan masing-masing. Eloklah buat dari seawal usia supaya anak tu sudah biasa.