Tuesday 22 December 2015

Poster badan Islamik,ABC,123 dan Alif ba ta percuma untuk anak-anak!!

Share this PostPin ThisShare on TumblrShare on Google PlusEmail This

Islamic Homeschooling Printables


Assalamualaikum,

Saya buat poster badan Islamik yang comel untuk anak kecil saya sebab sukar bagi saya untuk jumpa poster badan Islamik di pasaran.


Anak perempuan saya suka sangat benda-benda comel dan saya rasa doodle muslimah ni sangat comel. Anda boleh tengok doodle muslimah lain yang comel macam ni kat blog: Bunga Hati Mama. Poster muslimah ini boleh didapati dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dan kedua-duanya berada  dalam fail power point. Anda boleh edit fon yang anda suka dan tambah benda lain. Kedua-dua poster muslimah adalah dalam saiz A3. Jika anda ingin mencetak di atas kertas A3, anda perlu mencari printer A3 . Saya laminate poster ini untuk lebih tahan lama dan sila pilih resolusi tertinggi di printer anda supaya anda boleh dapat hasil poster berkualiti tinggi. Review dulu sebelum print ye,takut kalau tersalah print,takla  rugi ink.

*NEW* UPLOADED IN FEB 2017 : Poster Bahagian Tubuh Saya (saiz A3).klik gambar untuk download.
 

Islamic Homeschooling Worksheets
Poster A3 saya tampal di rumah saya
Saya juga ada buat sendiri Poster untuk huruf besar , huruf kecil dan alif ba ta kecuali poster nombor yang turut ada dalam fail ni. Semua poster ini adalah dalam saiz A4 ye. Harap anda suka semua poster ini . Jangan lupa untuk melanggan ke blog saya supaya anda tidak akan terlepas dengan printables saya selepas ini.

Please click below links to download:

Please spread the word for these free posters especially in your Muslims community. Don't forget to pin it in Pinterest or share in your Facebook or Instagram!!



Please go to my WELCOME POST to download other FREE PRINTABLES.