Friday 21 November 2014

Koleksi Permainan Anak Saya Part 3: Preloved Plasctic Hard Toys

Share this PostPin ThisShare on TumblrShare on Google PlusEmail This
 Bawah ni semua saya beli preloved dari group Facebook "Barang Terpakai".Harga semua RM99 campur pos tapi dapat banyak sangat..Jom tengok apa yang saya dapat.

34. Mega Bloks

Saya beli dari sis Shalyzai Abdul Ghaffar.Mega Blocks ni macam Lego tapi besar-besar blok dia. Sesuai untuk umur 1-5 tahun.Kalau baby main masuk mulut memang tak muat..hehehe. Pakej ni saya dapat 50++ pcs. Memang berbaloi-baloi.Kalau tengok dekat KLIA & Toys r Us,harga Mega Bloks memang mahal. Yang 30 pcs harga dia RM80.Haritu ada nampak Mega Blocks Dora RM120 kat KLIA..so cute...hehehe.

Alhamdulillah anak saya yang 9 bulan nampak minat bermain dengan Mega Bloks walaupun pada masa ni dia cuma nak masukkan dalam mulut je.Ok la tu..sekurang2nya nak juga main macam tu.Tapi bila tengok abah try nak bina robot,dia sibuk nak ambil blok yang abah tengah pegang. hehehe





35. Set doktor-doktor

Yang ni mestila tak main lagi sebab tak sesuai dengan umur anak yang baru 9 bulan.Tapi banyak jugak kan?Harga sis ni jual RM10 saja.




36.Tools set

Mainan macam ni memang sesuai untuk baby boy.Tapi mesti pelik kenapa saya beli untuk baby girl saya? Apa salahnya kalau budak perempuan belajar bertukang pun hehehe. Lagi pun saya tak tahu anak saya suka jenis permainan macam mana. Kalau soft toys tu memang dia tak pandang.Jadi saya beli je,mana tau dia suka hehehe. Yang ni mesti la tak main lagi sebab kalau anak saya masukkan dalam mulut dia karang tercekik pulak.Saja beli awal2 sebelum harga barang naik sebab GST. Harga RM25.



37. Set acuan

Dalam ni ada lori jugak.RM10 jugak. 




38.Playmat ABC

Yang ni harga RM5 saja sebab muziknya dah takde. Boleh la untuk tengok-tengok ABC




39. Lego

Yang ni RM8 saja.saya masih belum kira ada berapa pcs.Yang ni masih belum main sebab lego ni bloknya kecil2.Tak sesuai untuk bayi yang suka masuk benda dalam mulut.


Tengok banyak kan saya dapat?Cuba tengok saiz kotak tu.Sis ni ambil gambar sebelum dia pos.Besar kan?Lagi besar dari kotak air mineral tu.






Sis Shalyzai Abdul Ghaffar ni ada juga buat sewaan untuk walker.Jadi ibu-ibu macam kita boleh try dulu.Sis ni ada banyak lagi toy2 menarik.Klik nama sis tu untuk pergi link facebook dia ye.

Antara barang-barang sis ni sewa/jual

Antara preloved toys yang dijua.Yang ni ada bunyi sebut ABC,ada spelling dan musik.